Back To Top Button

Sunday, 19 February 2017

Angry Bird untuk Ariyan

Tempahan buat harijadi Ariyan yang pertama
Tema : Angry Bird 
Kek : Vanilla-bean cake

Kek keseluruhannya di litupi buttercream dengan paruh di buat menggunakan fondant
Terima kasih buat ibu Ariyan yang berkongsi gambar-gambar sekitar majlis 

Kek Angry Bird
dari SweetRoz bakery





Saturday, 18 February 2017

Little Pony dari SweetRoz bakery

AsSalam

Lama betul tak update blog ni
Kak Roz sibuk post di FB page & Instagram - sweetroz kitchen je sampai tak sempat masuk blog
InsyaAllah lepas ni akan merajinkan diri

Nak post sikit antara tema yang popular di kalangan anakanda puteri buat harijadi
LITTLE PONY series




Dari Rainbow Dash, Twiligyt, Fluttershy, Pinkie Pie, Princess Celestia, Midnight Moon, Rarity dan Apple Jack
Tapi Rainbow Dash yang paling popular dalam semua-semua pony comel ni

Deko kek dalam bentuk edible image, toy, fondant serta freehand (lukis tangan)
Setakat ni banyak permintaan kek dengan toy
Akak pun suka pilihan deko ni sebab praktikal. Di samping anakanda tersayang dapat makan kek dengan keluarga tersayang atau pun kawan-kawan, dia juga dapat hadian harijadi sekali. Kira 2 in 1. tak perlu pening cari hadiah lagi

Jom kita jamu mata dengan koleksi kek Little Pony dari SweetRoz bakery
Rainbow Dash & Fluttershy
8" Strawberry cake

Midnight Moon


Monday, 21 November 2016

Kids Baking Class 2016

[Aktiviti Cuti Sekolah2016 di SweetRoz bakery]

Anak-anak suka menolong di dapur?
Anak-anak suka baking?

Cuti sekolah ni SweetRoz bakery mengadakan program cuti sekolah di dapur SweetRoz di bangi
Ada kelas cupcakes dan kelas roti & pizza

Bukan saja anak-anak dapat belajar cara-cara membuat tapi dapat juga bawa pulang hasil masing-masing
Semuanya full hands-on sesuai untuk anak-anak berumur 6 tahun ke 15 tahun

Kelas Cupcake - Yuran RM50
- kenali bahan-bahan asas
- menimbang bahan-bahan
- mengadun dan membakar
- menghias cupcake

Kelas Roti & Pizza - Yuran RM80
- kenali bahan-bahan asas
- menimbang bahan-bahan
- mengadun dan membentuk pelbagai jenis roti
- membentuk pizza
- menghias roti dan pizza (topping)
- membakar

*minuman dan makanan ringan di sediakan

Untuk mendaftar, sila whatsapp/SMS
<NAMA><UMUR><KELAS> ke 012-2058255



Sunday, 26 June 2016

Biskut Raya 2016 dari SweetRoz bakery

Assalamualaikum

Kembali bersiaran di platform blog ni yang dah lama di tinggalkan sejak SweetRoz kitchen dah beralih dari bisnes di rumah ke premis.

SweetRoz Bakery terletak di Reko Sentral, Bangi. Ramai yang terlepas pandang kawasan Reko Sentral ni .... paling femes kawasan ni adalah lokasi Uptown Bangi setiap malam dari 9pm hingga lewat pagi. SweetRoz tarletan di blok hujung berdekatan stesen Petronas. boleh Google atau Waze SweetRoz Bakery & cafe

Biskut Raya kali ni ada sedikit kelainan dengan beberapa best seller yang kami telah jual semenjak bulan Februari lagi - antaranya Cranberry Crunch, Vanilla Chips, Chocolate Chips dan Cornflakes

Dapatkan biskut-biskut SweetRoz bakery yang di buat segar bermula dari 20 hingga 25 Ramadhan



Cornflakes  rm18 (50 pcs)
*all time favourite
resepi biskut yang rangup dan penuh dengan cornflakes ni adalah resepi warisan 3 generasi

Cranberry crunch rm20 (50 pcs)
biskut rangup dengan masam manis buah cranberry

Yin Yang  rm18 (55 - 60pcs)
di kenali sebagai biskut kulit kerang gabungan vanilla dan coklat 

Semanis Honey rm22 (50 pcs)
gabungan nestum, cornflakes dan jam buah strawberry/mangga

Lain-lain (dalam gambar di atas)
Swiss Tart  rm23, Samperit rm22, Samperit Susu Dahlia (Strawberry/Pandan) rm25

Semua biskut bleh di dapati di SweetRoz sehingga 3 Julai 2016

Jom ke SweetRoz
Tak perlu bersesak, tiada jem, parking pun senang .....



Tuesday, 2 February 2016

Kek tema Frozen dari SweetRoz bakery

AsSalam

Demam Frozen masih lagi melanda di tahun 2016 ni. Masih pilihan popular untuk sambutan harijadi anak-anak perempuan. Ni antara projek yang paling awesome di permulaan tahun 2016 ni. Alhamdulillah kek berjaya di sempurnakan seperti yang di request ibubapa birthday girl

2 tier chocolate cake dan rainbow cake pilihan untuk sambutan harijadi Bhavani Thev yang ke-3

Figurine Elsa dan Anna di buat menggunakan fondant. Kek pula di salut steam buttercream dengan dua tona warna biru. Nama nya pun frozen kan ... jadi deko keseluruhan kek di liputi dengan salji buttercream dan juga snowflakes di buat dengan fondant

Ni lah hasil nya .....

*Untuk tempahan, hubungi Roz di 012-2058255. Bakeri SweetRoz terletak di Jalan Reko Sentral, Kajang. Sebenarnya kawasan ni sempadan antara Bangi dan Kajang, on the way nak ke UKM kalau datang dari tol Sg. Ramal




pandangan dari belakang






chocolate cupcakes dengan rainbow swirls

Monday, 23 November 2015

Aktiviti Cuti Sekolah [kelas baking di SweetRoz bakery]


Kelas baking utk anak-anak di SweetRoz bakery, 
# kelas bread & pizza 
# kelas cupcake
# kelas sugar cookie
Call 012-2058255 untuk booking tempat

Lokasi : Jalan Reko Sentral 9, Reko Sentral, Kajang
(kawasan uptown Bangi/Econsave, blok hujung berdekatan stesen Petronas)


Tuesday, 6 October 2015

Kelas Sushi

Baru-baru ni berlangsung dari dapur SweetRoz siri Kelas masakan Jepun - Modul Sushi. 

Pelajari menyediakan bahan-bahan asas sushi - nasi, timun, lobak merah dan lain-lain serta pelbagai jenis sushi seperti temaki, maki, gunkan. Para peserta juga di ajar cara penyediaan miso sup halal 


terima kasih peserta yg datang jauh dari Dengkil, Shah Alam dan Kuantan

Bonus : cara penyediaan miso sup

Pelbagai jenis sushi yang di ajar
Berminat untuk belajar menyediakan sushi untuk keluarga atau untuk berniaga? Hubungi SweetRoz di 012-2-2058255