Flapjacks a.k.a Pancake

AsSalam ... Salam Maal Hijrah 1434

Hari ni SweetRoz nak kongsi resepi yang mudah untuk breakfast keluarga esp anak-anak. Boleh juga di buat untuk hidangan minum petang kalau suka. Pertama sekali SR minta maaf kalau bila dah cuba resepi ni tak jadi macam gambar sbb SR masak ni main campak-campak je takde sukatan tertentu (kecuali nak buat kek, cupcake, brownie memang ada sukatannya) Anyway SR akan cuba bagi sukatan se'accurate ' yg mampu.

Pancake ni kejadiannya lembut dan gebu :D Here's the recipe -

Bahan-bahan : (Yields 12-15pcs mengikut acuan/pan)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus @ gula icing
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
Susu secukupnya - agak2 3 cawan atau hingga batter agak cair)
Vanilla extract / Vanillin
Butter - utk melengser pan
antara bahan-bahan nya

Cara penyediaan :
Ayak tepung naik sendiri bersama baking powder ke dalam bekas
Tambah gula, telur, kacau
Tambah susu sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati (jangan cair sangat, agak-agak bila di senduk senang)
*Tips : tapis batter (campuran tadi) supaya tak berketul dan pancake nanti cantik dan gebu

Panaskan pan kecil (non-stick lebih bagus) dengan api yg perlahan. Masukkan sedikit butter
Sendukkan batter ke dalam pan. Biar sampai nampak banyak buih (bubbles) sebelum di terbalikkan
Tengok step-by-step ni kalau tak faham ye .....

Mula-mula panaskan sedikit butter

Sendukkan batter

Nampak tak buih-buih kecil tu?

Bila buih dah agak besar macam ni tandanya dah hampir masak.
Masa ni dah boleh flip (terbalikkan)

Terbalikkan (agak perang sbb butter td mencair)
It's ok, keperangan tu nampak cantik & tempting :D
Sebelah lagi selepas di flip
Namak tak kegebuan flapjack ni?


Flapjack tower!


Di makan dengan madu, maple syrup, nutella, jam & mentega
Yumms! sedappp
SELAMAT MENCUBA!

* Kalau ada apa-apa pertanyaan, tinggalkan comment di bawah. Nanti SR jawab ye ....







Comments

Popular Posts