Sneak preview - Sirih Junjung dari SweetRoz Crafts

Entri kali ni bukan pasal cake, cupcakes, chocolates, sushi n such. Selain dari masakan SweetRoz juga membuat gubahan untuk hantaran perkahwinan & pertunangan. Sebelum ni buat untuk kengkawan je tapi since sekarang dah jadi surirumah sepenuh masa .... waktu-waktu yang terluang tu boleh la di isi dengan menerima tempahan gubahan. Maka lahir lah SweetRoz Crafts

Check out SweetRoz Crafts di sini  -------> Kahwinmall

Tempahan ni di terima dari Kak Rosnah dari Kg. Malaysia untuk perkahwinan anak lelakinya yang sulung. Terima kasih tak terhingga buat kak Rosnah sekeluarga yang mengamanahkan Roz dengan segala persiapan perkahwinan dari hantaran, sirih junjung, 2 jenis bunga pahar, hand bouquet untuk pengantin perempuan dan juga bunga untuk high table.

Sneak preview Sirih Junjung dari SweetRoz Crafts

Sirih junjung bersama bunga ros dan bunga melur

Kak Ros request Sirih Junjung ni bukan sebahagian dari 7 dulang hantaran jadi Roz gubah sirih junjung ni dalam pasu yang berkaki. Pasu ni boleh di gunakan semula lepas dah selesai majlis ni. Roz memang suka menggubah dengan barangan yang boleh di pakai semula atau boleh di simpan sebagai kenangan .... so kebanyakkan gubahan Roz dalam kotak kayu @ anyaman, bakul atau bentuk lain yang boleh recycle jadi takde la membazir

Comments

Popular Posts