Resepi dari SweetRoz kitchen : Quiche

Chicken, mushroom & spinach quiche

Ni la lunch untuk hari ni.... Nak membuatnya mudah sangat! Tak sampai 20 minit pun (tak termasuk masa preparations) 

Quiche ni antara makanan kegemaran anak-anak di SweetRoz kitchen. Dan juga faberet Mama Roz sebab senang nak buat dan mengenyangkan. Lagipun inti nya banyak bayam which is good for the kids.

Jom cuba buat Quiche ayam, cendawan & bayam 

Resepinye sama macam di sini -----> Little Chef @ SweetRoz kitchen (sila klik nak lihat resepi)

Cuma sebab kat dapur hari ni ada French bread (roti panjang untuk buat garlic bread tu) jadi SR campur sekali dalam quiche. Mula-mula lapiskan potongan french bread di dasar bekas/loyang. Lepas tu tuangkan inti yang telah di masak tadi. 

* Boleh juga try guna ikan atau daging. Untuk ikan lebih sedap campur sikit dengan serbuk kari daging

Lapiskan kembali dengan french bread yang telah di carik-carik atau di potong (ikut selera masing-masing ye ....). Kemudian taburkan sedikit parmesan cheese (boleh juga tabur serbuk cili kalau nak pedas). Akhir sekali tuang batter. Oleh sebab quiche ni dah bercampur french bread jadi untuk resepi batter jangan tambah tepung. Cukup dengan 2 biji telur dan susu segar saja. Biar batter meresap kejap. Panaskan oven pada 180oC dan bakar quiche lebih kurang 25 minit atau sampai garing.

Selamat Mencuba!!!

Boleh juga tempah untuk majlis makan di rumah. Sila WhatsApp/sms SweetRoz kitchen di 012-2058255

Comments

Popular Posts