Kongsi resepi : Apple Crumble

Selamat tengahari!

Dah lunch belum? SR kalau lepas lunch mesti nak cari dessert. I have both sweet and salty (eh ada ke istilah ni??) tooth. Meaning ..... sometimes I crave for sweet things like cupcakes (yumms!), tarts, ice cream (double yumms!) or just a small bar of chocolates. Kalau yg masin pulak SR kekadang suka mengunyah kacang (who doesn't right?!?), pretzel, seaweed or just plain ol' cream crackers

Hari ni SR nak kongsi resepi Apple Crumble. Buat yg tak pernah tengok Apple Crumble ni lah rupanya sebelum di bakar

-------------------->
Apple Crumble @ SweetRoz kitchen
(sebelum masuk oven)


Nak buat Apple Crumble ni kena guna epal hijau @ lebih di kenali dengan nama Granny Smith. Rasanya masam-masam sikit tapi  bila dah campur dengan gula dan bunga cengkih rasanya masam-masam manis giteww

Baik lah ni resepi nya : 
Mudah, ringkas, cepat dan yang paling penting SEDAPPPP :D

Inti/Filling :
3 biji epal hijau sederhana besar (untuk bekas mcm dlm gambar tu)- di hiris/slice mcm wedges @ kiub 
3/4 cawan gula 
3,4 kuntum bunga cengkih (untuk wangi, kalau tak suka boleh di abaikan)
Sedikit air (dlm 1/4 cawan)

Topping/Crumble :
30g butter
90g tepung naik sendiri
90g gula (SR kurangkan ke 50g je)

Cara-caranya:
Buat inti dulu - campurkan semua bahan ke dalam periuk
Masak atas api yang sederhana
Bila dah nampak epal agak lembut matikan api

Oleskan bekas dengan butter 
Masukkan inti yang di masak tadi
Taburkan crumble di atas (kali ni SR tambahkan sedikit oats dan kismis)
Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit (atau sehingga crumble tu nampak keperangan)

Sedia untuk di hidang (makan dengan airkrim vanilla lagi sedap!)

Mudah kan?

Apple crumble dengan oats & raisins

SELAMAT MENCUBA!

Tempahan juga di buka untuk Dessert Table atau Candy Buffet semasa harijadi dll. Di buat dalam individual tin foil plates (saiz lebih kurang 4.5")



Comments

Popular Posts