Sago Melaka

Antara pencuci mult/dessert yang menjadi kegemaran kawan-kawan SRK dan juga ex-ofis mates SRK adalah Sago Melaka. Dessert ni sedap di nikmati sejuk (my personal preference) di makan dengan gula melaka dan santan. SRK suka guna gula gerek (panggilan di utara ) atau nisan (manisan ... panggilan di Kelantan) Gula ni lebih sedap dan harum berbanding gula merah ketul and of course lebih natural dari menggunakan gula putih

Sago melaka ni juadah yang sangat simple tapi ramai yang 'malas' nak membuat nya. Yang paling mencabar dan memerlukan kudrat yang kuat ialah ketika memasak sago. Sago yang betul-betul masak nampak clear & transparent. Kalau ada 'mata ikan' makna nya sago belum cukup masak

Sago Melaka bersam santan dan gula merah

Comments

Popular Posts