Shooting rancangan HERO DAPUR di dapur SweetRoz

Hari ni dapur SweetRoz bz ngan aktiviti pengambaran rancangan HERO DAPUR untuk segmen blogger cyber. Tak sangka pula blog SweetRoz telah di skodeng oleh crew TANAH BERIS FILM - Suhaimi (yang juga make-up artis untuk rancangan ni *wink*) dan memilih SR untuk feature dalam musim pertama HERO DAPUR. Terima kasih ye En. Shuhaimi (produser) dan Suhaimi :D

Rancangan yang di hos oleh Chef Nik Michael (Master Chef Malaysia) ni akan bersiaran di RTM tapi belum tau bila sebab dalam musim pertama ni ada 13 bloggers yang akan di siarkan. Dapur SR yang pertama di kunjungi crew :D 

SR bersama hos lokasi Esa Mustaffa buat Whoopie Pie di dapur. Apa tu Whoopie Pie? Adunan nya macam kek/cupcake, rupanya macam biskut (cookie) & macaron (sebab ada filling di tengah macam macaron). Rasanya lembut dengan kulit yang sedikit crunchy. 

Al-kisahnya .....SR dah berkali-kali cuba buat macaron tapi gagal dapat 'feet' (skirt). Akhirnya terjadi la Whoopie Pie

Jom tengok apa yg jadi di dapur SR (pics ni je yang sempat di snap) 

SweetRoz dalam Hero Dapur

Terima kasih pada Produser En. Shuhaimi Lua fdam dan juga krew Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. 


Pada yang tertanya-tanya macamana ghupenye Whoopie Pie. Moh tengok sini .....
Whoopie pie
dr atas : Carrot Whoopie dengan cream cheese,
Double Choc Pecan Whoopie dengan chocolate strawberry buttercream
Almond Choc Whoopie dengan chocolate buttercream


Whoopie Pie boleh di nikmati untuk minum petang bersama keluarga dan sesuai di jadikan doorgift untuk majlis aqiqah, harijadi, perkahwinan sebab ia tahan lama kecuali jika filling cream cheese

Pilihan Whoopie Pie : Double Choc, Classic Choc, Carrot, Orange, Lemon, Red Velvet. Filling akan mengikut kesesuaian - cream cheese, italian meringue buttercream, vanilla buttercream, boleh juga di letak strawberry atau blueberry 

Tempahan di buka untuk Hari Guru serta Hari Ibu. Promosi sepanjang bulan April ini untuk Hari Guru atau Hari Ibu - 2 Whoopie Pie di dalam bekas cylinder beserta riben (RM7) atau 4 Whoopie Pie di dalam bekas transparent empat segi (RM15). Untuk tempahan boleh email/sms/WhatsApp SweetRoz



Comments

Popular Posts