Tips dari Jamie Oliver dalam Jamie's 15 Minute Meals di Astro

Jamie Oliver antara chef yang SR minat sebab suka tengok gaya dia memasak yang very passionate dan juga resepi Jamie kebanyakkan mudah dan yang paling penting berkhasiat.

Hari ni berkesempatan menonton siaran Jamie Oliver's 15-minute meals di Astro. Teruja tengok Jamie memasak sebab SR memang suka resepi yang simple. Jadi buat ibu yang bekerja boleh tonton rancangan ni di Astro saluran 707 kalau tak pun boleh tengok di sini

                                                                 

SR belajar benda baru hari ni dan tak sabar nak berkongsi dalam entri ni. Tips dari Jamie mcmana nak deseed (buang biji) bell pepper @ ada orang panggil capsicum. Dalam bahasa Melayu pulak di panggil Lada Benggala

Ini rupanya ----->

Dari kiri : green, red, yelllow bell peppers

Lada benggala ni SR guna dalam masakan stew - samada stew daging, kambing atau ayam. Boleh juga di goreng bersama daging atau dalam sayur campur (bersama carrot, brocolli, cendawan, cauliflower). Lada benggala yang merah rasanya agak manis sikit dan sesuai di panggang (roast) terus atas api atau boleh letak dalam oven. Untuk resepi dari dapur SR yang guna lada benggala merah boleh klik di blog TakMauGemuk. Resepi ni sesuai untuk yang tengah berdiet high protein - low carbo

Ehhh melalut pulak SR ni sampai ke resepi :D Cara nak buang biji bell peppers dengan hanya tekan bahagian tengah (stem/batang) ke dalam lepas tu kopek je bell pepper tu dan bijinya semua terkumpul pada batang tadi. Mudah kan? Sori la SR takde photo pulak macamana rupa nya. Selalu nya SR belah 2 bell pepper ni dengan pisau kemudian korek untuk buang bijinya. Tapi dengan tips dari Jamie Oliver biji bll pepper tak bersepah

Kalau potong bell pepper macam ni, kena korek dengan sudu untuk buang biji nye

Hopefully tips yang di kongsi ni dapat memudahkan kerja u ollz di dapur :D

Comments

Popular Posts