Biskut Raya 2013 dari SweetRoz kitchen

AsSalam .... dah 7 hari kita di bulan Ramadhan. Buat customer dan para pengunjung blog SweetRoz kitchen selamat menjalani ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Semoga amal ibadah kita di terima Allah s.w.t hendaknya

Hari ni baru SweetRoz kitchen nak post entri Biskut Raya 2013. Maklum lah home made ..... kebiasaannya akan hanya di buat bila dah nak menjelang Aidilfitri.

Apa keistimewaan biskut dari SweetRoz kitchen ni? Semua biskut (kecuali Double Choc chips ) adalah resepi warisan 3 generasi. Dari Mak Tok turun ke Bonda turun la ke anakanda pompuan sorang ni ... Sejak 10 tahun ni memang Roz la pembuat biskut keluarga dan mewarisi koleksi resepi keluarga ni. Roz mula menjual biskut raya sejak tahun lepas 2012 setelah berenti kerja dan mula biz baking dari rumah.

Untuk tahun ni koleksi biskut yg ada -
Crunchy Cornflakes : biskut cornflakes rangup yg comel dan penuh rasa cornflakes ( utk resepi ni dari dulu lagi cornflakes pilihan adalah dari jenama Keloggs)

Maamor : biskut traditional yg comel dgn inti kacang. Lembut di luar, melt-in-the-mouth (cair di mulut) dengan kerangupan inti kacang. Terdapat 2 pilihan - asli (dgn esen ros) & strawberry (ini improvise SweetRoz sendiri untuk kelainan

Samprit : biskut bentuk bunga dahlia menggunakan acuan warisan (tembaga) dengan 3 pilihan - asli, mocha & strawberry (perisa 2 ni Roz yg buat sesuai dengan peredaran zaman ....)

Permaisuri : biskut yg cair di mulut (ada susu tepung dan tepung jagung)

*biskut resepi warisan ni menggunakan butter ButterCup (kalau di  ubah gerenti biskut tak menjadi ... dah cuba pun hehe) Semua datang dlm bentuk yg comel (muat2 mulut) sbb dari dulu lagi mcm tu so bila nampak biskut besar rasa cam tak kena *wink*)

Double Choc chips : dengan badam dan serbuk koko impot. Ni permintaan anak-anak :D



*Semua biskut di SweetRoz kitchen home-made dan freshly made (hampir nak raya) tiada bahan pengawet, menggunakan butter (Buttercup) dan tepung tanpa benzoyl-peroxide (bleaching agent)

Tahukah anda biskut yang di jula di pasaraya atau yang dah di jual awal sebelum ramadhan kebanyakkan mengandungi pengawet supaya ia tahan lama. Tak seperti home-made biskut raya yang di buat seperti di buat sendiri di rumah. Keaslian resepi juga di jaga supaya anda puas hati

Tempah lah sekarang di SweetRoz kitchen. WhatsApp/WeChat/sms 0122058255 untuk menempah sehingga 25hb Julai.


Comments

Popular Posts