Bunga dip dan Bunga stokin dari SweetRoz Crafts

Aidilfitri 2013 bakal menjelang lebih kurang 10 hari je lagi.

Lepas raya tentu sibuk pula dengan majlis pertunangan atau pekahwinan. Lazimnya ramai juga yang mula menghantar rombongan merisik atau meminang semasa cuti hari raya memandangkan kebanyakkan saudara mara berkumpul masa tu.

Sweetroz kitchen melalui cabangnya SweetRoz Crafts menyediakan perkhidmatan perkahwinan/pertunangan seperti gubahan hantaran, bunga pahar, bunga meja utama serta doorgifts. Antara contoh bunga buatan tangan dari SweetRoz Crafts yang kembali popular sejak akhir-akhir ni ialah Bunga Dip dan Bunga Stokin. Masa kecik-kecik dulu Roz selalu juga tengok bonda buat Bunga Dip dan Bunga Stokin ni .... tak sangka pulak sekarang makin popular. Roz lebih suka cenderahati buatan tangan selain nostalgia majlis tu, tetamu juga teruja dan seronok bila dapat bunga pahar/bunga meja utama personalised hasil buatan tangan. Lagipun bunga tu boleh di simpan buat kenangan. Bunga pahar masa perkahwinan Roz dan adik beradik yang lain masih di simpan rapi oleh bonda walaupun dah berbelas tahun ....

Ni contoh gambar bunga yang pernah di buat. Latest bunga dip kuning tu untuk majlis kahwin sekitar bulan Mac tempohari. Sori la gambar tak berapa nak cantik ... masa tu tak pandai lagi fotografi ni :D


Bunga dip Ros untuk meja utama


Bunga stokin 2 tona warna 

Untuk menempah boleh hubungi Roz melalui sms/WhatsApp/WeChat ke 012-2058255

Comments

Popular Posts