Resepi hari ini - Stew ayam

Hari ni SR nak kongsi resepi mudah untuk hidangan makan tengahari atau makan malam

Stew ayam ni di masak dlm slow cooker jd ayam boleh masak dari frozen. Nama pun slow cooker kan ... jd kalau nak buat utk mkn tghari kena siapkn sekurang2nya 3 jam sebelum. Bagi yg takde slow cooker stew syam ni boleh di masak atas dapur

Bahan-bahan nya :
1/2 Ayam - di potong kecil
1 Carrot - di potong dadu atau memanjang
Cauliflower/Bunga kobis
Celery/Daun saderi - boleh ganti dgn daun sup
2 Bawang besar putih - di belah 4
3 Bawang putih - di cincang
1 inci Halia - di ketuk
2 sudu besar Kicap cair
1 sudu besar L & P sauce (Worcestershire sauce)
1 sudu besar minyak zaitun
Lada hitam
Daun bay
1 cawan air
Sedikit tepung jagung - utk pekatkn kuah

Kalau menggunakan slow cooker,  masukkan semua bahan dalam pot. Tambah air. Set slow cooker pada High atau Auto. Kalau nak masak sebelum pergi kerja set pada Slow. Simple kan?

Buat yg takde slow cooker. Tumis bawang2 dan halia. Masukkan kepingan ayam, masak hingga separuh masak. Tambahkan bahan2 lain, masak hingga empuk. Akhir sekali masukn tepung jagung untuk pekatkn kuah

Hidang bersama nasi,  butter bun, roti atau garlic bread

Selamat mencuba!
*boleh juga di buat dengan daging

Comments

Popular Posts