Weddings @ SweetRoz Crafts

Satu lagi passion SR ialah menggubah bunga. Sejak kecil lagi tengok bonda buat macam-macam hasil kerjatangan dari copper tooling ke paper mache ke macrame ke bunga roti, bunga stoking, bunga gim, bunga crepe paper dan macam2 lagi. Bakat tu tumpah la kat SR sikit ... alhamdulillah. Tapi bonda masih jadi rujukan :D

Semasa masih bekerja SR ada juga buat gubahan untuk hantaran teman-teman rapat. Sekarang dah tak bekerja ... jadi boleh jadikan passion ni  sebagai biz dari rumah.

SR lebih gemar bunga gubahan sendiri berbanding dengan bunga siap. Sekarang ni bunga siap memang senang di perolehi, mengikut kemampuan bajet masing-masing. Tapi pada SR bunga buatan tangan samada bunga dulang, bunga pahar dan bunga meja utama lebih meninggalkan kenangan buat majlis lebih-lebih lagi majlis perkahwinan atau pertunangan yang akan jadi kenangan sepanjang hayat. Bunga pahar majlis perkahwinan SR 16 tahun lalu masih di simpan rapi bonda dalam almari koleksi nye.

Di sini SR nak kongsi sikit hasil kerjatangan terkini dari SweetRoz Crafts.  Sekarang ni tren bunga lama kembali seperti bunga stoking,  bunga dip dan bunga gim. Baru-baru ni SR bertuah kerana hasil kerjatangan di pilih oleh wartawan dari majalah Pesona Pengantin untuk feature edisi Disember insyaAllah ...

SweetRoz Crafts juga di iklankan dalam web kahwinmall.com di bawah kategori gubahan dan hantaran kawasan Selangor

Comments

Popular Posts