Katering untuk pejabat

Selain dari menerima tempahan kek, cupcake, roti dan sushi SRK juga terima tempahan untuk majlis kecil2an di rumah (hanya menyediakan lauk pauk) atau untuk pejabat. Minima 15pax
Hujung minggu lepas SRK menerima tempahan dari staff CIMB Serdang untuk sarapan pagi, tengahari dan juga minum petang
Hari pertama
Menu pilihan sarapan - Mee hoon goreng dengan sos cili taucu,  assorted sandwich & mini fruit tartlets.  Untuk tengahari Selera Thai - nasi putih bersama daging goreng selasih, ayam pandan, kangkung belacan bersama namprik (ulam & sambal). Minum petang - karipap dan pengat pisang
Hari kedua
Pilihan menu brunch (breakfast and lunch)
Nasi lemak dgn ayam madu berempah bersama walnut bread pudding

Comments

Popular Posts