Chilli con carne ala Malaysia


Chilli con carne ni makanan Mexican yg di makan bersama taco. SRK dah ubahsuai resepi ini dengan selera ala Malaysia. 

Kebaikan resepi ni pertama of course la #sedap .... kedua pulak sbb ada 3 makanan yg mengalakkan pembakaran lemak which is beans, curry powder & chilli. Boleh di makan sebagai makan tengahari atau makan malam. Cuma kalau weight watching go slow on the rice ok. Nak makan mcm tu saja pun ok sbb kenyang ....

Kacang dalam resepi ni  ialah borlotti beans yg kaya dgn vitamin C, B complex,  omega 3 & 6, fibre dan protein (yg mmg bagus untuk mengalakkan proses pembakaran). Juga kaya dgn mineral antaranya sodium, zinc, selenium, copper, calcium, manganese, magnesium, iron & phosphorus

Rempah kari pula meningkatkan metabolisma badan yg membuatkn proses pembakaran lemak lebih cekap. Chilli mengandungi capsaicin yg membuat badan burn extra calories hours after ingestion
Mesti tak sabar  resepi nya kan .... well here goes

Daging cincang
Bawang putih & bawang kuning - di cincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 tin kacang (borlotti, kidney etc)
1 tin diced tomato
5-7 biji cili padi merah
Dash of L&P Worcestershire sauce
Secubit garam
Minyak zaitun

Cara2nya :
Panaskan periuk. Letak minyak zaitun dan tumis bawang2 hingga layu. Masukkan daging cincang dan sedikit L&P sauce.  Goreng hingga sedikit garing. Tambah cili padi kemudian masukkan kacang dan tomato. Masak hingga agak kering. Siap untuk di hidang
Mudah kan?
Sedap n yg paling penting sambil makan sambil meningkatkan metabolisma badan. 
Guilt free  & delicious

**Resepi ni merupakan antara koleksi resepi dalam blog Roz untuk mengurangkan berat badan ------> takmau gemuk (Klik di sini untuk mengetahui cara-cara mengurangkan berat badan dengan diet, pemakanan yang sihat serta resepi-resepi yang mudah dan sedap. Resepi yang dipaparkan boleh je di buat bagi yang tak perlu diet hehe ...... 

Chilli con carne ala Malaysia
Bertambah 'kick' dengan cili padi merah Bangladesh



Rempah kari dan cili padi Bangladesh

SELAMAT MENCUBA!

Kongsi la komen di sini pada yang dah mencuba resepi ni ye ..... boleh juga guna daging ayam cincang atau daging kambing. Yummmms sedap!

Comments

Popular Posts