Hantaran dari SweetRoz crafts


Kali ni SR nak kongsi hasil kerjatangan untuk hantaran dari bunga stokin. Sebenarnya bunga stokin ni dah ada pada zaman SR masih remaja lagi. Cuma sekarang ni dah jadi trend bunga dulang untuk hantaran yang tak lapuk dek zaman.

Walaupun banyak hantaran sekarang ni dari fresh flowers tapi bg SR hantaran perkahwinan ni nostalgia yang akan di kenang for years to come. Fresh flowers nampak cantik tapi tak tahan lama. Bunga buatan tangan pula boleh di simpan sebagai kenangan. Bunga dulang hasil tangan bonda masa perkahwinan SR 17 tahun dulu masih di simpan rapi dlm almari.

Prinsip SR jangan lah kita membazir semasa persiapan majlis perkahwinan atau pertunangan. SR suka buat gubahan hantaran yg boleh di simpan dan di guna pakai mcm menggunakan bakul, kotak kayu, pinggan atau dulang yang boleh di guna atau di simpan selesai saja majlis nanti

Ni hasil hantaran dengan bunga dulang dari stokin atas permintaan ibu pengantin yang juga meminati bunga hasil kerja tangan

Sepersalinan buat pengantin perempuan
Bekas wang hantaran
Barangan dandanan diri
Di hiasa gabungan bunga stokin kuning dan bunga kecil bersama riben
Beg tangan di hiasi bunga stokin putih 
Set telekung dan Al-Quran digital
Bekas cincin dengan bunga sabun

Bahan-bahan seperti stokin dan riben di bekalkan oleh Kak Rosnah ibu kepada pengantin lelaki. Roz cuma tambah mana yang kekurangan.

Jika ingin mendapatkan khidmat gubahan hantaran boleh call, sms, WhatsApp Roz di 012-2058255 atau email ke sweetrozkitchen@gmail.com.

Penyediaan majlis perkahwinan atau pertunangan tentu memakan belanja yang banyak. Sudah tentu ada bajet kan ... Barang-barang hantaran boleh di sediakan oleh pihak pengantin atau sama-sama shopping dengan Roz. Boleh juga di serah terus kepada Roz untuk kendalikan semuanya. Pilihan keluarga pengantin atau bakal pengantin yang tentukan.

Comments

Popular Posts