Nasi Maghlubah Kambing

Dah lama teringin nak buat nasi ni lepas tonton rancangan memasak kat tv yg chef berjalan ke timur tengah dengan rempah2 adabi & babas tu.

Kalau Nasi Mandy ayam & kambing tu selalu jugak masak. Dah jadi faverit anak2.  Pernah juga join kelas memasak Nasi Mandy nak tengok kut cara2 yg di buat tu betul ke tak. Tapi anak2 kata rempah yg SRK pakai lg sedap... :D rempah tu di beli masa pergi Makkah setakat ni belum jumpa lagi brand yg sama di kedai2 yg supply barangan dr Timur Tengah

Nasi Maghlubah ni juga di panggil Arab casserole.  Cara memasak yg mudah. Bahan2 nye samada ayam, Daging atau Kambing dengan campuran sayur2an seperti terung, ubi kentang, lobak merah dan bunga kobis.

SR guna kambing dgn terung dan lobak merah.  Kepingan kambing di perap dgn rempah - lada hitam, pelaga, kayu manis, jintan manis, bunga lawang, paprika kemudian di goreng sebentar. Sayur pun di perap dgn garam dan di goreng sebentar. Buat stok dari lebihan minyak goreng kambing utk masak nasi

Cara memasak .... seelok nye guna periuk non-stick atau periuk ceramic. Lapisan bawah letak kepingan kambing di selang seli dengan beras dan sayur2an.  Lebih kurang mcm buat lasagne.  Akhir sekali tuangkan stok sehingga menutupi lapisan beras. Masak guna api sederhana

Istimewa nye Nasi Maghlubah ni bila nak hidang periuk di terbalikkan atas dulang atau pinggan besar. Nampak la lapisan daging & sayur. Makan bersama salad dan sambal salatah Arab
Bagi yg berminat nak belajar cara memasak nasi ni boleh la hubungi SR atau boleh juga buat tempahan

Comments

Popular Posts