Resepi minggu ni - Agedashi tofu

Let's go Japanese!

Buat penggemar makanan dari negara matahari terbit a.k.a Japan jom kita belajar masak sendiri makanan Jepun di rumah. Mudah dan yang penting segar dan halal.

Agedashi tofu

Kali ni nak kongsi resepi yg mudah & sihat untuk yg menjaga berat badan. Mlm td buat teppanyaki for dinner bersama Agedashi tofu ni

Nak resepi? Ok salin cepat!

2 keping tauhu lembut
Tepung jagung
Halia - di parut (grate)
Lobak putih - di parut
Daun bawang
Minyak - utk menggoreng
Sos :
2 sudu makan kicap cair
1/2 sudu kecil gula
Sedikit cuka epal/kurma - ganti mirin (tak Halal)
1 sudu kecil stok ikan bilis @ dashi

Cara2nya :
Potong tauhu 4 bahagian. Balut dgn tisu dapur utk menyerap air
Salut tauhu dlm tepung jagung dan goreng dlm minyak panas
Goreng hingga agak kekuningan dan tos

Utk sos - didihkan secawan air. Bila dah mendidih masukkan stok ikan bilis/dashi, kicap, gula dan cuka

Cara menghidang - letak tauhu dlm pinggan, curah sos kicap kemudian letakkn halua dan lobak putih yg di parut. Akhir sekali tabur daun bawang

** versi kukus - gunakan tauhu lembut/jepun. Kukus kemudian buang air nya. Curah sos kicap dan kukus semula lebih kurang 10 minit. Hias dgn halua, lobak putih yg di parut. Tabur daun bawang

buat penggemar makanan pedas - potong cili padi dan tabur atau boleh juga di curah sambal. Jadi Agedashi tofu ala Malaysia
(cuma berhati-hati dengan kandungan minyak gorengan kalau untuk diet sihat ye ....) 

SELAMAT MENCUBA!

Mencari resepi untuk pemakanan sihat serta mengurangkan berat badan? Sila layari blog SR di sini ------> takmaugemuk

Comments

Popular Posts