Resepi giveaway! Beef stew

Hari ni SRK nak share resepi yg mudah dan berkhasiat - Beef Stew

Beef Stew ni paling best makan dengan bread rolls. Nak-nak roti homemade.... lagi sedap boleh juga makan bersama nasi

Meh kita tengok step-by-step

Bahan-bahannya :
Daging - di hiris nipis @ di potong kiub
Bawang putih - di cincang halus
Bawang besar bombay - di belah 4
Halia - se inci di ketuk
Sayur2an - carrot, brocolli, leek, lada benggala, cauliflower, tomato
Cendawan - segar @ dlm tin
Lada hitam - tumbuk kasar
Garam
Kicap cair
Tepung jagung - 2 sudu besar
Air @ stok
Minyak zaitun - untuk menumis

Cara2nya ...
Perapkan daging dengan kicap cair dan lada hitam
Panaskan minyak zaitun dlm periuk
Tumis bwg putih, bawang besar, halia
Bila bawang2 dah layu, masukkan daging
Masak daging hingga agak perang
Tambahkan tomato yg di cincang, biar seketika
Tambah air @ stok
Tambah sayur2 lain - mulakan sayur yg agak keras dulu spt carrot, cauliflower di ikuti leek, lada benggala
Biar hingga agak layu
Akhir sekali masukkan brocolli dan cendawan
Bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan tambah ke dlm periuk utk memekatkan kuah
Tambah garam dan lada hitam secukup rasa
Angkat dan sedia utk di hidang

Selamat mencuba!

Comments

Popular Posts