Resepi giveaway! Chicken n Mushroom quiche

Hari ni Roz nak kongsi resepi yang untuk di hidangkan pada anak-anak. Resepi kali ni sesuai utk di hidang pd masa sarapan pagi, minum petang atau pun light dinner

Chicken & Mushroom quiche with brocolli n carrots


resepi ni dpt l2pc

Bahan-bahannya :

Isi ayam - di potong dadu
Cendawan butang - di hiris nipis
Carrot, brocolli - di potong dadu (boleh juga guna mixed veggie)
1 biji telur - grade A
3/4 cawan tepung
1 cawan susu
Salt n pepper to taste
Mozzarella cheese
Muffin pan

Resepi ni tak jauh beza dari resepi sebelum ni cuma kali ni lagi ringkas

Dlm muffin cups (sekiranya bukan non-stick letak sedikit butter) masukkan isi ayam, mushroom, brocolli dan carrot
Dalam mangkuk campurkan telur, tepung, garam, lada putih dan susu. Campur hingga sebati elakkan campuran berbintil
Curahkan campuran ke atas campuran isi ayam & veggies hingga 3/4 muffin cup
Tabur dgn mozzarella cheese & hirisan cili merah jika mahu pedas
Bakar pd suhu 160oC, 25-30 minit (sehinga lapisan atas agak brown)
Siap utk di hidang bersama brown sauce,  tomato @ cili sauce
SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular Posts