Crew Nona TV3 & Diana Amir di SweetRoz kitchen

Alhamdulillah hari ni aktiviti di SweetRoz kitchen lain dari biasa. Bukan hangat dari bahang oven & dapur utk menyiapkan tempahan tapi .... hangat dengan aktiviti penggambaran rancangan Nona terbitan TV3

Segmen selebriti di dapur hari ni bersama Diana Amir yg memasak utk ibu tercinta sempena Hari Ibu yg bakal menjelang pada 11hb Mei ni

Sweet sangat Diana Amir... orang nya lembut, pandai masak dan rajin (siap mengemas dan basuh pinggan di dapur SweetRoz!) sejuk perut ibu mengandung punya anak yg baik budi pekerti
Bersama crew Nona, Diana masak resepi keluarga (yg suka makan pedas extreme)
---> Ketam berempah
Simple dan sedap terangkat!

Sempena Hari Ibu, SRK ada buat kek istimewa utk di makan bersama ibu, mak, ummi, mama, mommy tersayang - Strawberry ombre cake di lapisi cream cheese. Tempahan di buka sehingga 5 Mei

Jom kita layan aktiviti di SweetRoz kitchen ....
Sesi pengambaran Nona TV3di SweetRoz kitchen
untuk segmen air tangan selebriti bersama Diana Amir

 
Bersama crew Nona TV3
Terima kasih Diana sudi  tolong promote kek dari SweetRoz kitchen
Kek : Strawberry ombre kek dgn cream cheese sempena Hari ibu
Kek : Strawberry Ombre layer cake with cream cheese
Faux cupcke berbentuk love utk Ibu juga di buat SweetRoz Crafts

Comments

Popular Posts