Aneka roti dari Sweetroz kitchen

Alhamdulillah biz roti Sweetroz kitchen mula di kenali ramai.  Bermula hanya di kalangan jiran tetangga dan rakan2 sekarang SRK dah mula mendapat tempahan melalui blog Sweetroz.blogspot.com dan juga Instagram

Bermula dgn butter bun dan chocolate bun kemudian sausage rolls sekarang ni terdapat aneka pilihan roti dari dapur Sweetroz

SweetRoz kitchen mengutamakan kesihatan dan kualiti dalam pemilihan bahan- bahan utk di jadikan roti. Sebagai ibu tentu kita nak yg baik utk pemakanan anak2 ye tak?

Kebanyakkan tepung utk kegunaan komersil adalah tepung bleached dgn bahan peluntur dlm had yg di benarkan berbeza dgn roti di luar negara khususnya di Eropah & Timur Tengah yg menggunakan whole grains. Peluntur di gunakan utk me'mutih'kan tepung kerana pengguna lebih gemar roti yg putih.

Produk roti SRK menggunakan tepung berprotein tinggi unbleached. Bahan2 lain trmasuk mentega, susu,  gula, telur . Buat yg alah pd telur ada pilihan resepi tanpa telur. Roti keluaran SRK juga tak menggunakan pelembut roti dan bread improver (sori tak tau nak translate)

Utk menambah ilmu tentang roti SR belajar di kelas sweet bun dgn Golden Republic Sdn Bhd yg terletak di Bukit Jelutong. Salute pd mereka yg terdiri dr chef2 serta usahawan muda yg bertungkus lumus memberikan yg terbaik buat home bakers mcm SR

Dah boleh buat roti ni best sangat.  Mcm berhantu pun ada sbb sentiasa nak buat dan belajar corak baru. Aroma roti yg fresh mmg menusuk qolbu .... hehe Pada yg nak belajar buat roti utk hidangan keluarga dtg lah ke dapur Sweetroz

Jom tengok pilihan roti di SRK ...

Comments

Popular Posts