Kembali bersiaran

AsSalam pengunjung blog

Di harapkan semua dalam keadaan sihat sejahtera menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Diam tak diam dah seminggu kita berpuasa. Dalam kesibukan kita dengan urusan harian, ambil lah peluang untuk tingkatkan ibadah di bulan mulia ni

emmm .... dah lama betul tak bersiaran kan. Sejak buka kedai bakeri ni cuma sempat update Facebook page dan Instagram je. Rindu pulak dengan blog ni yang di buat hampir 4 tahun dulu sebaik saja bergelar WAHM (Working-At-Home-Mom)

alhamdulillah bisnes bakeri juga semakin di kenali penduduk berdekatan. Dari kawasan sekitar Bangi hingga ke perumahan di Kajang yang terdekat serta ada juga yg datang sejauh dari Putrajaya, Cheras dan Semenyih. Yang pasti ramai mencari bakeri milik Muslim sepenuhnya.

Salah satu tujuan SweetRoz bakery di tubuhkan adalah untuk memberi pilihan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan produk yang Halal dan Thoyyiban terutamanya produk berasaskan roti. Core bisnes adalah penghasilan pelbagai jenis roti sweet bun dan loaf yg di perbuat menggunakan tepung roti (tepung berprotein tinggi) tanpa peluntur serta bahan aditif berasaskan kimia. Being a 'chemist/biologist' makes me so concern on issues like preservatives, chemical additives and bleached flour.

Roti Sarang Lebah
(roti sweet bun dengan topping kekacang dan sos butterscotch)

Roti Benggali

Mini Chocolate dan Strawberry bun

Comments

Popular Posts