SweetRoz bakery - sebuah perjalanan

Setelah hampir 3 tahun beroperasi dari rumah di bawah perniagaan SweetRoz kitchen akhirnya mengorak selangkah lagi dengan membuka SweetRoz bakery dan cafe. Bakeri yg terletak di Jalan Reko Sentral mula beroperasi pada 4 Ogos 2014. 

Ye ... dah hampir setahun membuka bakeri dan banyak pengalaman dan selok-belok perniagaan yg di pelajari

Sejak ada bakeri ni dah lama tak update blog SweetRoz kitchen. Kebanyakkan updates di Facebook page dan Instagram. Roz akan kembali bersiaran dalam blog ni bila ada masa terluang untuk berkongsi pengalaman membuka sebuah kedai bakeri

Tentu ramai menyimpan cita-cita nak miliki sebuah kedai bakeri kan? Roz masih baru dalam bidang ni walaupun sebelum ni dah 3 tahun beroperasi dari rumah sebagai home-baker. Roz akan cuba berkongsi pengalaman yg telah di lalui sepanjang setahun jagung beroperasi di kedai yang jauh lebih mencabar dari beroperasi di rumah saja

Overall kita perlu ada ilmu (ilmu perniagaan serta tambahkan kemahiran dalam bidang berkaitan), perlu ada kesabaran yang tinggi, perlu sentiasa cekal (jangan mudah berputus asa .... percaya lah banyak cabaran-cabaran yg akan di tempuhi) dan sentiasa menjaga hubungan kita dengan Yang Maha Esa. Sesungguhnya setiap  rezeki itu datang dariNya




Comments

Popular Posts